25 December 2011

CiNTa..

Cinta lebih dari satu perasaan kerana cinta boleh menyebabkan anda gembira, sedih,  tertekan dan alami bermacam – macam perasaan lagi. Cinta juga berubah mengikut ‘mood’. Biasanya, keadaan ini berlaku apabila anda dan teman anda mula rasa kekosongan pada cinta itu sendiri. Ada antaranya mula berasa bosan kerana telah mengetahui apa ada pada pasangan anda, baik dari segi kekurangan atau kelebihan. Di sini juga cinta diuji dari segi mentaliti kerana cinta berdasarkan ‘mood’ tidak akan berakhir dengan kebahagiaan. Namun ia merupakan perkara normal, dan oleh itu anda perlu mengawal situasi ini dengan meletakkan keadaan ‘mood’ itu pada keadaan sementara sahaja. Apa yang anda perlu lakukan adalah mengisi kekosongan itu dengan perkara yang baru mengikuti kreativiti. Rahsia mereka yang berjaya dalam alam percintaan hingga terbinannya rumah tangga yang kekal lama adalah menyesuaikan keadaan ‘mood’ itu sendiri. Keadaan ini juga membuatkan anda berasa bimbang dan menganggap atau syak pasangan anda mula berubah hati. Sedarlah manusia sentiasa berubah, oleh itu tanggani ‘mood’ anda dan pasangan anda bagi usaha mengekalkan hubungan cinta.

 Cinta adalah berkorban, memberi dan mengasihi. Malahan haiwan itu sendiri mempunyai perasaan cinta. Sebagai contoh, si ibu kucing sanggup berkorban mempertahankan anak-anaknya dari musuh yang mengancam. Sedangkan kucing itu sendiri mempunyai perasaan cinta, ini kan pula manusia. Tuhan ciptakan cinta itu teramat bernilai kepada manusia, begitu juga makhluk ciptannya yang lain. Fahamilah cinta yang sebenar adalah suatu kuasa yang luas dan dapat merubah keadaan diri anda. Begitulah besarnya erti cinta.

Cinta tidak boleh di buat – buat kerana ia terjadi dengan sendirinya. Bila anda melihat menggunakan hati, cinta itu akan datang kepada anda. Ianya bermula dari perasaan samada kasihan, bangga, kagum, gembira, sedih dan pelbagai lagi. Adakah cinta datang dari paras rupa? Itu adalah silap sama sekali, kecantikan adalah tuntutan nafsu yang ada pada manusia. Sebagai contoh, cinta pandang pertama bukan semata-mata pada paras rupa tetapi arua yang ada pada sesorang itu hingga menusuk perasaan yang membuat anda jatuh cinta. Jelas di sini bahawa, cinta wujud dari perasaan manusia itu sendiri yang memberikan tindak balas. Oleh itu, cinta memang tidak boleh direka-reka kerana ia adalah perkara diluar kawalan kita.

No comments: